Thursday, January 7, 2010

ALSTONIA SCHOLARIS

Saya hendak berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada seorang pendengar, berkenaan dengan sejenis tumbuhan. Begini bunyi email kiriman Encik Harm;


Hie Mariam..


Tahukah anda, sejenis pokok yang tumbuh dihadapan tingkap rumah Mariam yang mempunyai bunga yang amat wangi sekali ialah sejenis pokok ALSTONIA SCHOLARIS (family tree of : apocynacacae) (Info terdapat pada mukasurat 508 buku 1001 Garden Plant in Singapore)



Tumbuhan dikenali umum sebagai Devil Tree, Indian Punai, Milky Pine, White Cheesewood. Berasal dari India China, Indo China & Malaysia, Ia juga merupakan sejenis herba.Sedikit info lagi… Bunga Alstonis Scholiris atau Devil Tree ni begitu popular waktu dulu hinggakan banyak design kerabu atau subang yang bertahtakan intan mengikut bentuk bunga ini. Design kerabu atau subang amat popular dikalangan masyarakat wanita India. Cuba amati betul betul bentuk bunga ini… 


Bunga pohon ALSTONIA SCHOLARIS ini sering dibuat minyak wangi pada waktu dulu. Kewangian bunga ini ketika dipohon boleh bertahan lama hinggakan keharumannya dibawa angin boleh pergi jauh mengikut kelajuan angin. Pohon Alstonia Scolaris ini dikenali sebagai Devil Tree kerana baunya .. wangiannya yang agak “mencurigakan” pada waktu malam bila angin malam sepoi sepoi mengiringi wangian bunga tersebut masuk ke dalam rumah. Apatah lagi pada malam jumaat. Amacam Mariam.. jangan takut eh.. ehhehe. Pada waktu ini, Tumbuhan ini amat lebat berbunga dimerata Singapura. Termasuk sekitar Yishun blk 416 hingga 414. Manakala dikawasan Ang Mo Kio Central pula di sekitar blk 700A, 700B ( tu rumah saya) 700C dan hadapan blk 119 & sekitarannya. Manakala di Hougang pula, disekitar hadapan blk 698B,698C & 698D serta sekitarannya.

Daun pohon ini pula lebih kurang sama dengan sejenis pohon yang lain yang dikenali sebagai “Tapak Hantu” yang terdapat dikawasan hutan….. tapi species yang berbeda. Tetapi, tumbuhan “tapak Hantu” tidak berbungga wangi seperti pohon “Devil Tree” ini.

Sekian Info bunga wangian Alstonia Scholaris -pohon yang berbunga lebat dihadapan rumah Mariam. :)


Beginilah pokok yang terpacak betul2 dihadapan tingkap kamar tidur saya. Tapi sejauh ini tak pernah pula terbau apa2 yang wangi. Tapi tengok lah malam ni macam mana pula. Maklum malam Jumaat ..


Wednesday, January 6, 2010

.. Hari Ini Dan Semalam ...

... hari ini dan semalam .. pastinya hari ini & semalam, kita akan hadapi & merasakan pengalaman yang berbeza2. Pengalaman yang indah, menyedihkan atau menakutkan .. bagaikan mimpi ngeri. Sempat bermimpikah semalam? Kata orang mimpi permainan tidur .. apakah anda mendapat tidur yang nyenyak semalam? ..Sleep early to beat the blues ...diantara topik perbualan saya & TG dalam Warna Xpress semalam. Masa tidur yang kurang, pasti akan ada kesannya, lebih2 lagi bagi golongan remaja. Begitulah dapatan yang diperolehi oleh Pusat Medikal Universiti Columbia. .. A lack of sleep among youngsters may trigger depression & suicidal thoughts .. ini yang membimbangkan.


Kita seringkali mendengar tentang mood disorder atau mood yang berubah-ubah yang berlaku pada diri seorang individu. Wanita yang mengalami kesan seperti ini selalunya dikaitkan dengan kedatangan haid atau PMS .. kalau lelaki pula bagaimana? Apakah kekurangan tidur merupakan punca utama kepada perubahan sikap seorang individu itu atau ada masalah2 lainnya seperti diet yang tidak seimbang, tekanan pekerjaan, masalah keluarga dsbnya .. itu yang mungkin menyebabkan kadang2 teman awak tu kelihatan OK, tapi kadangkala KO pula hahaha ..



Apakah oleh kerana kurang tidur juga menyebabkan seorang suami naik angin lalu menghayun seterika pada isterinya, gara2 si isteri pulang kerja lewat. Ish .. nasib baik si isteri sempat mengelak objek besi itu. Mengapakah sang suami itu gagal untuk mengawal kemarahannya sehinggakan bukan setakat seterika sahaja yang dilemparkan kearah isteri, tetapi apabila beliau sudah semakin menggila, dihayun pula kerusi serta kipas. Memang dasyat .. kasihan pun ada apabila melihat perangai semacam ini. Yelah manalah kita tahu apa sebenarnya yang trigger atau memaksa lelaki berkenaan bertindak sedemikian. Walau apa pun he has no reason to do that .. komen seorang teman.
Pengajaran untuk semua ..

Tidur awal bermakna anda akan bangun awal & ini membolehkan anda rasa cergas sepanjang hari. Tidur & bangun pada waktu yang sama setiap hari, secara tidak langsung mengajar kita membentuk jam biologi.


Monday, January 4, 2010

.. Pengalaman Baru 2010 ..

Harap tidak terlewat utk saya ucapkan selamat menempuh tahun 2010. Tahun dimana ramai yang telah meramalkan akan terpancar saat2 yang indah .. keindahan dari segi suasana ekonomi negara, kemajuan & kemakmuran serta kedamaian negara tercinta. Harapan saya lebih dari itu - agar kita dapat menyaksikan kestabilan serta kedamaian sejagat, insyallah.

Bagi saya, buat pertama kalinya menyambut tahun baru dinegara orang. Jauh perjalanan tetapi tidak lah begitu membosankan ..lebih kurang 4jam untuk sampai ke Port Dickson. Sungguh meriah sekali & perjalanan yang amat menyenangkan. Manakan tidak, dapat berkenalan dengan diantara pendengar2 Warna .. kami melancung bersama lebih kurang 400 penumpang Orange Coach & Travel.



Bayangkan 11 orang DJ bersama 11 bas menuju ke tempat peranginan yang indah.
Secara peribadi setiap kali mengadakan acara sebegini, saya pasti bimbang .. takut tak terlayan kesemuanya yang datang. Tetapi alhamdulillah, walaupun mulut hampir cramp kerana tersenyum selalu, tetapi its okiee .. senyuman tu kan sedekah. Saya ikhlas dalam setiap ukiran senyuman. Dan hati saya juga tersenyum riang kerana diantara yang mengikuti rombongan itu adalah bekas guru sekolah rendah saya. Cikgu Hartuti Musa, ataupun panggilan Mrs Musa. Hampir tak kenal saya pada beliau tetapi Guru saya ni tetap cute dipandang mata (ehem .. macam anak muridnya juga hehe ...)

Tugas kami adalah untuk beramah-mesra dengan pendengar & yang paling utama sekali adalah mempersiapkan diri untuk acara gah yang dijanjikan - Malam Chak Chak PongIstimewa untuk para pendengar yang dikasihi serta Tetamu Istimewa pada malam itu (sebenarnya kami tidak menjangkakan kehadiran beliau beserta famili ..) .. berdebar juga rasanya apabila mengetahui ada seorang pembesar negara kita yang ikut serta dalam rombongan ke Port Dickson.


Encik Zainul Abidin Rasheed, Menteri Negara Kanan, Kementerian Ehwal Luar Singapura, AP GRC Aljunied beserta Isteri, bergambar bersama DJ2 Anggun Warna ..




Rasa lega apabila sudah berlalu acara yang ditunggu2 .. dapat tidur dengan tenangnya (sampai tak sempat bermimpi u ...) Namun begitu, setakat 2 hari satu malam, tidak mengizinkan kami untuk menjelajahi seluruh kawasan Port Dickson. Pada awalnya kami ada juga bercadang untuk menggunakan facilities yang ada disana. Apakan daya masa tidak mengizinkan, namun begitu kami tetap punya masa untuk adakan sesi bergambar bersama para pendengar Warna.


Nona Kirana, Mariam Mas'od, Dyn Norahim & Zan Sofyan bergambar bersama pendengar cilik Warna.


Nona Kirana, Zaza Majid, Morniyati Tukimin & Isadhora Mohammad turut bergambar diluar tempat penginapan kami.

Begitulah serba sedikit kisah kami di Port Dickson. Sebenarnya saya ada dua-tiga video klips yang hendak saya kongsi sama. Apakan daya .. ada masalah teknikal pula. Insyallah akan saya muat-naikan di facebook .. bagi anda yang ada dalam frenlist saya, nantikan ....