Thursday, December 17, 2009

Id0la Ku ..

" .. anak2 i sms sampai beratus dolar nak vote si Taufik .." luahan hati seorang ayah. " .. tahun ni i nak sembunyikan telefon bimbit dia orang, lepas prog dah habis baru i kasi balik .."
hahaha .. lucu juga mendengarnya. Mungkin ramai ayah diluar sana yang mengalami situasi yang sama .. gara2 SINGAPORE IDOL ..


... SINGAPORE IDOL 2009 ...
Siapakah pilihan anda .. siapakah yang anda rasa layak untuk dinobatkan sebagai IDOLA SINGAPURA kali ini? Sylvia ..? atau Sezaire ..?

Ramai yang menjangkakan tahun ini adalah tahun bagi seorang idola wanita pula. Apakah Sylvia yang akan mengambil alih 'kuasa' setelah Taufik & Hady merebut gelaran Idola sebelum ini?



Slyvia sudah semestinya layak tapi Sezaire juga sama hebat .. dan selalunya peserta lelaki yang comel-loteh macam si Sezaire ni la yang akan mendapat undian paling dasyat ... betul kah macam tu ..?
Kita tungguuuuuuuuuu .....


.. sedang berfikir nii ..


Akhir tahun .. macam2 yg harus difikirkan. Perbelanjaan perlu diatur dgn teliti. Banyak yg hendak dibeli – buku serta peralatan sekolah anak2, uniform sekolah, kasut sekolah & sebagainya .. setelah dikira & dicongak, alhamdulillah mencukupi Boleh menarik nafas lega .. nasib baik masih ada peluang utk ‘merasakan’ bonus akhir tahun .. & kini bolehlah fikirkan tentang keperluan diri sendiri pula … hmm (garuk kepala seketika) apa yg SAYA perlukan ..??? alat solekan sudah tinggal secolet sahaja, baju baru? tudung baru? .. kasut baru tak perlu kerana yg ada masih OK lagi. Takkan semuanya hendak yg BARU Andaikata lebihan wang tu disimpan pun baik juga. Tapi takkan la tak mahu merasa wang hasil dari titik peluh sendiri ..?
Anda pula bagaimana? Apa yg ada dalam benak fikiran anda saat ini? Anda juga seperti saya, fikirkan tentang isu kewangan kah? Kongsi2 laaaa …..