Monday, January 4, 2010

.. Pengalaman Baru 2010 ..

Harap tidak terlewat utk saya ucapkan selamat menempuh tahun 2010. Tahun dimana ramai yang telah meramalkan akan terpancar saat2 yang indah .. keindahan dari segi suasana ekonomi negara, kemajuan & kemakmuran serta kedamaian negara tercinta. Harapan saya lebih dari itu - agar kita dapat menyaksikan kestabilan serta kedamaian sejagat, insyallah.

Bagi saya, buat pertama kalinya menyambut tahun baru dinegara orang. Jauh perjalanan tetapi tidak lah begitu membosankan ..lebih kurang 4jam untuk sampai ke Port Dickson. Sungguh meriah sekali & perjalanan yang amat menyenangkan. Manakan tidak, dapat berkenalan dengan diantara pendengar2 Warna .. kami melancung bersama lebih kurang 400 penumpang Orange Coach & Travel.



Bayangkan 11 orang DJ bersama 11 bas menuju ke tempat peranginan yang indah.
Secara peribadi setiap kali mengadakan acara sebegini, saya pasti bimbang .. takut tak terlayan kesemuanya yang datang. Tetapi alhamdulillah, walaupun mulut hampir cramp kerana tersenyum selalu, tetapi its okiee .. senyuman tu kan sedekah. Saya ikhlas dalam setiap ukiran senyuman. Dan hati saya juga tersenyum riang kerana diantara yang mengikuti rombongan itu adalah bekas guru sekolah rendah saya. Cikgu Hartuti Musa, ataupun panggilan Mrs Musa. Hampir tak kenal saya pada beliau tetapi Guru saya ni tetap cute dipandang mata (ehem .. macam anak muridnya juga hehe ...)

Tugas kami adalah untuk beramah-mesra dengan pendengar & yang paling utama sekali adalah mempersiapkan diri untuk acara gah yang dijanjikan - Malam Chak Chak PongIstimewa untuk para pendengar yang dikasihi serta Tetamu Istimewa pada malam itu (sebenarnya kami tidak menjangkakan kehadiran beliau beserta famili ..) .. berdebar juga rasanya apabila mengetahui ada seorang pembesar negara kita yang ikut serta dalam rombongan ke Port Dickson.


Encik Zainul Abidin Rasheed, Menteri Negara Kanan, Kementerian Ehwal Luar Singapura, AP GRC Aljunied beserta Isteri, bergambar bersama DJ2 Anggun Warna ..




Rasa lega apabila sudah berlalu acara yang ditunggu2 .. dapat tidur dengan tenangnya (sampai tak sempat bermimpi u ...) Namun begitu, setakat 2 hari satu malam, tidak mengizinkan kami untuk menjelajahi seluruh kawasan Port Dickson. Pada awalnya kami ada juga bercadang untuk menggunakan facilities yang ada disana. Apakan daya masa tidak mengizinkan, namun begitu kami tetap punya masa untuk adakan sesi bergambar bersama para pendengar Warna.


Nona Kirana, Mariam Mas'od, Dyn Norahim & Zan Sofyan bergambar bersama pendengar cilik Warna.


Nona Kirana, Zaza Majid, Morniyati Tukimin & Isadhora Mohammad turut bergambar diluar tempat penginapan kami.

Begitulah serba sedikit kisah kami di Port Dickson. Sebenarnya saya ada dua-tiga video klips yang hendak saya kongsi sama. Apakan daya .. ada masalah teknikal pula. Insyallah akan saya muat-naikan di facebook .. bagi anda yang ada dalam frenlist saya, nantikan .... 

No comments:

Post a Comment