Wednesday, January 27, 2010

Anak Remaja sekarang lebih COOL ke..?


Lama rasanya saya tidak 'meluahkan' kata2 didalam blog ini. Percaya ataupun tidak, sebenarnya hampir setiap hari, ada saja perkara2 yg terlintas dibenak fikiran. Macam2 yg hendak saya coretkan tetapi mungkin kelapangan yang semakin berkurangan atau tatkala masa itu ada, tenaga pula tidak mengizinkan. Maklum lah, dalam keadaan minda sedang keletihan, takut apa yg dicurahkan kurang berkesan atau terkesan:)


REMAJA - Mengapa topik ini menjadi keprihatinan saya? Jawapannya .. saya ada anak2 yg sedang meningkat remaja. Hendak tak hendak, harus nak berikan lebih perhatian. Hendak tak hendak, harus terus pandang2 jeling2 selalu .. & harus terus ambil tahu perkembangan diluar sana. Cara anak2 remaja sekarang berkawan banyak bezanya dgn cara orang2 dahulu. Anak2 berkomunikasi dgn teman2 menggunakan kaedah yang lebih canggih kini; sms, msn, facebook, friendster, multiply, my space, youtube, skype & sebagainya. Menerusi komputer ini juga lah, anak2 dapat mempelajari perkara2 yang tidak sepatutnya, seperti peluang menonton video klips adegan lucah & yg sewaktu dengannya.



Dapatan mengatakan andaikata anak2 anda terdedah kpd MTV selama sejam setiap hari, ada harapan mereka ini akan beranggapan its ok to have sex.. menakutkan atau memeranjatkan? ..its OK, people are doing it .. sesuatu yg dianggap perkara biasa oleh segolongan remaja. Sebab itulah kita sering terlihat pasangan2 remaja berkasih-sayang, bercumbuan didalam pengangkutan2 awam. Yelah, kan mereka sudah meng-OK-kan perbuatan begini .. makanya perasaan malu hilang sudah. Sedihkan..? Lantas saya teringat kisah beberapa tahun yg lalu, apabila saya & suami ingin mendapatkan saluran berbayar kabel, jurujual yg berbangsa kita bertanya samada saya mempunyai anak2 kecil. Kalau ada katanya, dia tak syorkan kami mendapatkan saluran berkenaan ini. Issh ..bayangkan kalau Boss dia tahu, habis hahaha .. tapi saya harus ucapkan terimakasih kpd jurujual muda itu yg secara tidak langsung menunjukan sikap prihatin utk mengingatkan kami agar lebih berhati2. But it use to be my favourite channel u know ... anyway kalau difikirkan secara positif, saluran ini setakat hiburan, tetapi jika terlalu ramai artis yg berpakaian terdedah sana sini, pandai2 la awak buat pilihan..saya masih menonton saluran ini sekadar ingin mengetahui perkembangan artis2 Melayu kita tidak kira dari Spura, Msia atau Indonesia.



                            Seminar Keibubapaan 2010 'Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut'

 Ternyata dalam Seminar Keibubapaan 2010 yg saya hadiri 23Jan yg lalu, banyak dapatan2 & kisah2 sebenar yg dikongsi sama oleh pakar penceramah kita. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur Succhi Success dgn kerjasama pihak Lembaga Penggalakan Kesihatan HPB. Bravo bravo bravo ..! Seharusnya diadakan acara seperti ini lebih kerap lagi, tidak kira samada di Radio, TV atau diluar studio sekalipun. Sering kita dengar perkataan Parental Guidance, tapi kini saya fikir Parents Need To Be Guided. Menerusi Seminar ini banyak yg saya pelajari, antaranya bagaimana ibubapa harus mengamalkan sikap terbuka tetapi bijaksana apabila berkongsi info tentang seks.

Kalau dahulu ramai yang akan mengatakan, menjaga anak lelaki lebih sukar berbanding dgn anak perempuan. Kekata itu sudah tidak relevan lagi dlm zaman MTV sekarang ini. 'Girls Are Behaving Badly - More Troubling Than Boys' .. oh tidaaaaak ..!!!! Masa sudah berubah & ibubapa harus ambil langkah berjaga2.



                     Encik Mohd Khair Mohd Noor, Konsultan Utama Succhi Success Initiatives Pte Ltd

Satu lagi dapatan menarik yg dikongsi dalam Seminar itu ialah tentang apakah perkara2 yg mampu menaikkan keinginan (senang cakap nafsu la..) anak2 remaja. Kajian dijalankan terhadap 2 kumpulan remaja lelaki & perempuan. Keputusannya bagi remaja lelaki - MATA (pandangan) adalah faktor pertama yg mencetuskan keinginan(nafsu) makanya halang anak2 anda drp menonton/melihat adegan2 pornografi yg tidak sesuai ditonton. HIDUNG(bau-bauan), perkara kedua yg mampu mencetuskan nafsu. Dan ketiga, TANGAN (Sentuhan). Jika difikirkan, perkara2 ini semua sudah diterangkan dlm agama kita. "Tundukkan pandangamu .. melarang wanita memakai minyak wangi kerana haruman ini mampu menaikkan nafsu syahwat seorang lelaki.. & usah berduan-duan jika bukan muhrim." Masyaalah .. Allah lebih mengetahui apa yang diperintahkan.



                         Ustaz Azmi A.Samad Pendakwah & Penceramah Bebas, Pengarah & Pemilik Al-Qiblah International



                                               Dr Jazlan Joosoph, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Raffles




Baiklah teman2 yg disenangi, diharapkan sedikit sebanyak perkongsian dlm blog ini menjadi peringatan atau pembuka mata. Saya cadangkan, andaikata ada Seminar2 seperti ini, sertai lah kerana kita hanya akan dapat melaksanakan tugas atau peranan kita dgn lebih baik lagi jika dibekalkan dgn ilmu. Mudah2han kita dapat membesarkan anak2 kita menjadi seorang insan yg BerIlmu, BerAmal & BerIman. Insyallah ..