Friday, January 15, 2010

.. bab Cinta Terkulai ..

Masih lagi ada yang terkena .. terkena apa? terkena TIPU .. kita masih lagi terbaca kisah anak2 remaja perempuan menjadi mangsa penipuan di Internet. Mulanya berkenalan, kemudian sembang2, lepas tu mula mencurah perasaan, akhir sekali mula terpaut hati. Kalau hati dah suka, pasti nak menatap muka .. betul tak? Nak taknak kena lah set masa utk ber-dating pula. Baru2 ini saya ada terbaca sebuah artikel berkenaan Cinta Terkulai Di Internet. Selalunya dalam kes semacam ini, si mangsa lah yg akan terkulai layu bak habis madu sepah dibuang. Amat menyedihkan apatah lagi remaja perempuan ini sanggup menggadaikan kesucian demi cinta. Apakah masalah sebegini timbul oleh kerana mereka terlalu muda atau mudah? Faktor usia serta kematangan fikiran adalah antara faktor utama selain daripada terlalu menurut hawa nafsu .. darah muda. Ini belum lagi termasuk faktor latar-belakang keluarga serta cara mereka dibesarkan.

Saya ingin berkongsi tentang satu lagi 'perkembangan' yang memeranjatkan. Harap ambil perhatian - Since 2000, the rise in sexually transmitted infections (STIs) among those under age 20 has been "especially alarming", in the words of Health Minister Khaw Boon Wan — doubling from 61 cases per 100,000 in that age group, to 133 in 2008. Reaksi anda..?




Encik Mohd Khair Mohd Noor, seorang Pelatih Professional serta Konsultan Utama The Succhi Group, didlm laman sosialnya ada mengatakan, terdapat golongan ibubapa yang begitu yakin anak2 mereka tidak akan terjebak dengan gejala negatif ini kerana mereka telah pun menghantar anak2 mereka ke kelas2 agama. Ya .. semuga anak2 ini dilindungi tetapi apakah sudah ada guarantee ..? Selain daripada memberi pendidikan agama yang secukupnya, apakah lagi langkah yang harus diambil ibubapa sebagai perlindungan tambahan untuk memastikan kesucian zuriat mereka? Sebagai seorang ibu, tentunya tidak dapat saya nafikan ada sedikit kebimbangan apabila membaca kisah2 sebegini. Maklum lah, anak2 saya pun sudah mula meningkat dewasa, jadi setidak2nya ilmu yg bakal saya raih dalam Seminar Keibubapaan HPB 2010 diharapkan akan dapat membantu memperkasakan lagi diri saya didalam mendidik anak2. Insyallah. Apakata ANDA turut hadir sama ..

Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut...Demi Kesucian Zuriat Ku

Bersama-sama dengan para pakar jemputan,

• Dr Jazlan Joosoph

• Ust Azmi A Samad

• En Mohd Khair b Mohd Noor

Tarikh: 23 Januari 2010, 9 pagi - 1 tgh
Tempat: Republic Polytechnic, Lecture Theatre W2
Bagaimana menangani isu-isu BGR, BBR & BGR? Bagaimana ibubapa dapat mengatasi perasaan malu apabila berkomunikasi dengan anak-anak mengenai isu seks dan seksualiti? Apakah panduan Islam untuk ibubapa menangani isu seks dan seksualiti remaja? - antara topik yang akan dibincangkan oleh pakar penceramah kita dalam Seminar itu nanti. Berminat? Tempat terhad .. telefon 68428161. Jumpa anda disana ...

Tuesday, January 12, 2010

Tanam Niat Utk 2010.

Sambil menulis, sambil2 mengamati lagu Virtual Insanity .. nyanyian Idola Singapura III Sezairi. Not bad, ada showmanship dalam persembahannya .. detik hati kecil saya.
Sungguh tidak disangka, dua orang teman sanggup mencari semula rakaman Singapore Idol Finale setelah membaca blog saya yang terdahulu. Ada Komen? .. he's so COOL & collected that night .. well thats him alright. OK2 enuff on that, lets move on .. Jangan asyik pandang belakang sahaja, tengok2 la juga dihadapan. mana lah tahu kalau2 ada tembok yang menghadang ..

Tahun 2010 baru bermula, perjalanan kita masih panjang lagi. Hmm .. masih ingat lagi topik perbualan dalam Warna Xpress pagi tadi? 'Mengikis Tabiat Buruk' .. mungkin bukan mudah tetapi kita harus mencubanya.
Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal. Satu lagi tips - Kena ada kemahuan dan niat. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah. Setuju?



Semuga tahun 2010 ini lebih berWARNA-warni lagi, sinonim dengan keindahana kehidupan. Insyallah ...


"You must take personal responsibility.
You cannot change the circumstances,
the seasons, or the wind, but you can change yourself"

- Jim Rohn

Monday, January 11, 2010

.. Sudah tu Sudah lah ...

.. don't really know what to write .. inilah masa2 ketandusan idea hehe .. teringat pada teman2 yang selalunya akan bertanyakan soalan seperti ini .. hey whats up with you lately? ..
Untuk menjawab pertanyaan seperti itu, well .. untuk pengetahuan anda saya sempat menonton semula sedutan persembahan Idola Singapura - Sezairi dalam program Singapore Idol, menerusi Youtube. Memang tidak silap lagi, beliau yang lebih hebat daripada Slyvia pada malam itu (walaupun Slyvia merupakan peserta favorit saya) Kenyataan tidak dapat diubah, kita harus terima & semua harus sedia menerima kemenangan Idola Singapura kita. Namun begitu, saya agak kecewa apabila terbaca komen2 yg dilemparkan khususnya tentang persembahan Sezairi. .. berikut ini diantara komen tidak menyokong - "i predict he will only sell 5000 albums or less hahaha, no marketing value, no looks, no appeal". Alamak Bro .. belum beli lesen mulut kapa ..??? Tapi tidak kurang juga yg menyokong kemenangan Sezairi - " his reaction sometimes in this song is funny..  nevertheless.. he is the deserving idol.. staying safe on the spectacular rounds.. n exploding on the finale.."

Diantara komen2 yg saya baca, saya tersentuh dgn komen daripada dua individu yg berbeza. Cuba anda amati -  "I am not a fan of Singapore or Any Idol series, but after reading lots of buzz about Sezairi winning I decide to listen to the whole final perfomance of Sezairi and Slyvia. As someone who is a singer myself this is what I find and no one need to agree with me. Slyvia voice sounded shaky especially while Touched by An Angel and at times cracky. Further she is tense throught the whole final performance. Sezairi on the other hand was cool and collected. That clinch him the title.. "
- "Sylvia I have to admit, was my favourite from the beginning of the competition, but somehow when the crunch time came, she was a bundle of nerves and looked as though she was overawed by the occasion. Sezairi took control right from the start and listening to him sing “Touched By An Angel“, one could feel his emotions and soul being put forth with more sincerity and feel than Sylvia. Which was why for the first time this season, I was inclined to finally cast my votes and to the person I felt deserved it more" psst psst .. komen yg kedua tu saya 'pinjam' dari seorang teman dengan nama gelaran PM setelah membaca komen yg beliau tulis dalam blog nya. Jgn marah hah ... i loike .. hehe


Bagi saya kedua2nya hebat .. kedua2nya ada kelebihan & keistimewaan masing2. Slyvia tetap menjadi peserta favorit saya tetapi Sezairi sememangnya layak untuk mendapat gelaran Idola Singapura yg ke III ..
i rest my case ...