Sunday, December 27, 2009

.. hari Ahad Yang Indah ..

Ada yang mengatakan hari Ahad adalah hari lepak .. lepak disini boleh jadi relaks, tidur atau sembang dengan teman2. Tetapi ada juga diantara teman2 kita diluar sana tidak dapat merasakan suasana relaks atau tenang walaupun mereka tidak bertugas pada hujung minggu. Mungkin bagi yang tinggal serumah dengan orangtua mereka atau mentua, 'terpaksa' terima tetamu yang tentunya bukan orang lain lah .. adik-beradik atau ipar-duai sendiri. Pernah juga kita dengar keluhan seperti ini .."..bukan tak suka, tapi kita orang penat la nak layan tetamu, sehari-suntuk pulak tu. Lepas tu balik jauh malam, yang kena mengemas nanti kan kita jugak .." haiz .. nak buat macam mana kan. Kadang2 kasihan juga pada mereka yang bekerja 6-hari seminggu & hanya punya hari Ahad sahaja untuk beristirihat bersama keluarga. Walau macam mana pun, marilah kita fikir yang baik2 saja .. anggaplah tetamu yang bertandang ke rumah kita selalunya  sebagai pembawa rezki. Insyallah mudah2han.

OK apa pula yang saya sering lakukan setiap hari Ahad? hmm .. kalau tidak bekerja, tentu akan jalankan misi mingguan seperti ke pasar, ke majlis jemputan kahwin, membeli barang2 keperluan rumah atau bawa anak2 keluar makan {kira lepak bersama keluarga lah} Pagi ini saya terfikir pula tentang Singapore Idol. Hari ini adalah hari penentuan .. siapakah yang akan ditabalkan sebagai Idola Singapura yang ke3?
Sylvia atau Sezairhe? Kita tunggu ...


Dan satu lagi Pertandingan akan diadakan pada hari ini yang melibatkan insan bawah umur .. ialah Peraduan SuperBaby hehehe ... kalau ada masa lapang untuk lepak bersama Zaza & Dyn untuk acara SuperBaby tu, datanglah ke Singapore Expo Dewan 6B, jam 11pagi.






Dengar2 Dyn & Zaza hendak turut 'merangkak' bersama bayi2 yang hadir tu..? Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka berdua akan melakukan demo seperti itu .. salah silap nampak macam anak harimau terlepas kandang muaahaaahhaaaa .. err .. jangan marah Zaza & Dyn. Hati mesti mau baik bek .. wa caya sama lu la host Rock Leleh "wink"