Thursday, January 7, 2010

ALSTONIA SCHOLARIS

Saya hendak berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi daripada seorang pendengar, berkenaan dengan sejenis tumbuhan. Begini bunyi email kiriman Encik Harm;


Hie Mariam..


Tahukah anda, sejenis pokok yang tumbuh dihadapan tingkap rumah Mariam yang mempunyai bunga yang amat wangi sekali ialah sejenis pokok ALSTONIA SCHOLARIS (family tree of : apocynacacae) (Info terdapat pada mukasurat 508 buku 1001 Garden Plant in Singapore)



Tumbuhan dikenali umum sebagai Devil Tree, Indian Punai, Milky Pine, White Cheesewood. Berasal dari India China, Indo China & Malaysia, Ia juga merupakan sejenis herba.Sedikit info lagi… Bunga Alstonis Scholiris atau Devil Tree ni begitu popular waktu dulu hinggakan banyak design kerabu atau subang yang bertahtakan intan mengikut bentuk bunga ini. Design kerabu atau subang amat popular dikalangan masyarakat wanita India. Cuba amati betul betul bentuk bunga ini… 


Bunga pohon ALSTONIA SCHOLARIS ini sering dibuat minyak wangi pada waktu dulu. Kewangian bunga ini ketika dipohon boleh bertahan lama hinggakan keharumannya dibawa angin boleh pergi jauh mengikut kelajuan angin. Pohon Alstonia Scolaris ini dikenali sebagai Devil Tree kerana baunya .. wangiannya yang agak “mencurigakan” pada waktu malam bila angin malam sepoi sepoi mengiringi wangian bunga tersebut masuk ke dalam rumah. Apatah lagi pada malam jumaat. Amacam Mariam.. jangan takut eh.. ehhehe. Pada waktu ini, Tumbuhan ini amat lebat berbunga dimerata Singapura. Termasuk sekitar Yishun blk 416 hingga 414. Manakala dikawasan Ang Mo Kio Central pula di sekitar blk 700A, 700B ( tu rumah saya) 700C dan hadapan blk 119 & sekitarannya. Manakala di Hougang pula, disekitar hadapan blk 698B,698C & 698D serta sekitarannya.

Daun pohon ini pula lebih kurang sama dengan sejenis pohon yang lain yang dikenali sebagai “Tapak Hantu” yang terdapat dikawasan hutan….. tapi species yang berbeda. Tetapi, tumbuhan “tapak Hantu” tidak berbungga wangi seperti pohon “Devil Tree” ini.

Sekian Info bunga wangian Alstonia Scholaris -pohon yang berbunga lebat dihadapan rumah Mariam. :)


Beginilah pokok yang terpacak betul2 dihadapan tingkap kamar tidur saya. Tapi sejauh ini tak pernah pula terbau apa2 yang wangi. Tapi tengok lah malam ni macam mana pula. Maklum malam Jumaat ..



No comments:

Post a Comment