Wednesday, January 27, 2010

Anak Remaja sekarang lebih COOL ke..?


Lama rasanya saya tidak 'meluahkan' kata2 didalam blog ini. Percaya ataupun tidak, sebenarnya hampir setiap hari, ada saja perkara2 yg terlintas dibenak fikiran. Macam2 yg hendak saya coretkan tetapi mungkin kelapangan yang semakin berkurangan atau tatkala masa itu ada, tenaga pula tidak mengizinkan. Maklum lah, dalam keadaan minda sedang keletihan, takut apa yg dicurahkan kurang berkesan atau terkesan:)


REMAJA - Mengapa topik ini menjadi keprihatinan saya? Jawapannya .. saya ada anak2 yg sedang meningkat remaja. Hendak tak hendak, harus nak berikan lebih perhatian. Hendak tak hendak, harus terus pandang2 jeling2 selalu .. & harus terus ambil tahu perkembangan diluar sana. Cara anak2 remaja sekarang berkawan banyak bezanya dgn cara orang2 dahulu. Anak2 berkomunikasi dgn teman2 menggunakan kaedah yang lebih canggih kini; sms, msn, facebook, friendster, multiply, my space, youtube, skype & sebagainya. Menerusi komputer ini juga lah, anak2 dapat mempelajari perkara2 yang tidak sepatutnya, seperti peluang menonton video klips adegan lucah & yg sewaktu dengannya.



Dapatan mengatakan andaikata anak2 anda terdedah kpd MTV selama sejam setiap hari, ada harapan mereka ini akan beranggapan its ok to have sex.. menakutkan atau memeranjatkan? ..its OK, people are doing it .. sesuatu yg dianggap perkara biasa oleh segolongan remaja. Sebab itulah kita sering terlihat pasangan2 remaja berkasih-sayang, bercumbuan didalam pengangkutan2 awam. Yelah, kan mereka sudah meng-OK-kan perbuatan begini .. makanya perasaan malu hilang sudah. Sedihkan..? Lantas saya teringat kisah beberapa tahun yg lalu, apabila saya & suami ingin mendapatkan saluran berbayar kabel, jurujual yg berbangsa kita bertanya samada saya mempunyai anak2 kecil. Kalau ada katanya, dia tak syorkan kami mendapatkan saluran berkenaan ini. Issh ..bayangkan kalau Boss dia tahu, habis hahaha .. tapi saya harus ucapkan terimakasih kpd jurujual muda itu yg secara tidak langsung menunjukan sikap prihatin utk mengingatkan kami agar lebih berhati2. But it use to be my favourite channel u know ... anyway kalau difikirkan secara positif, saluran ini setakat hiburan, tetapi jika terlalu ramai artis yg berpakaian terdedah sana sini, pandai2 la awak buat pilihan..saya masih menonton saluran ini sekadar ingin mengetahui perkembangan artis2 Melayu kita tidak kira dari Spura, Msia atau Indonesia.



                            Seminar Keibubapaan 2010 'Biar Pecah Di Mulut, Usah Pecah Di Perut'

 Ternyata dalam Seminar Keibubapaan 2010 yg saya hadiri 23Jan yg lalu, banyak dapatan2 & kisah2 sebenar yg dikongsi sama oleh pakar penceramah kita. Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur Succhi Success dgn kerjasama pihak Lembaga Penggalakan Kesihatan HPB. Bravo bravo bravo ..! Seharusnya diadakan acara seperti ini lebih kerap lagi, tidak kira samada di Radio, TV atau diluar studio sekalipun. Sering kita dengar perkataan Parental Guidance, tapi kini saya fikir Parents Need To Be Guided. Menerusi Seminar ini banyak yg saya pelajari, antaranya bagaimana ibubapa harus mengamalkan sikap terbuka tetapi bijaksana apabila berkongsi info tentang seks.

Kalau dahulu ramai yang akan mengatakan, menjaga anak lelaki lebih sukar berbanding dgn anak perempuan. Kekata itu sudah tidak relevan lagi dlm zaman MTV sekarang ini. 'Girls Are Behaving Badly - More Troubling Than Boys' .. oh tidaaaaak ..!!!! Masa sudah berubah & ibubapa harus ambil langkah berjaga2.



                     Encik Mohd Khair Mohd Noor, Konsultan Utama Succhi Success Initiatives Pte Ltd

Satu lagi dapatan menarik yg dikongsi dalam Seminar itu ialah tentang apakah perkara2 yg mampu menaikkan keinginan (senang cakap nafsu la..) anak2 remaja. Kajian dijalankan terhadap 2 kumpulan remaja lelaki & perempuan. Keputusannya bagi remaja lelaki - MATA (pandangan) adalah faktor pertama yg mencetuskan keinginan(nafsu) makanya halang anak2 anda drp menonton/melihat adegan2 pornografi yg tidak sesuai ditonton. HIDUNG(bau-bauan), perkara kedua yg mampu mencetuskan nafsu. Dan ketiga, TANGAN (Sentuhan). Jika difikirkan, perkara2 ini semua sudah diterangkan dlm agama kita. "Tundukkan pandangamu .. melarang wanita memakai minyak wangi kerana haruman ini mampu menaikkan nafsu syahwat seorang lelaki.. & usah berduan-duan jika bukan muhrim." Masyaalah .. Allah lebih mengetahui apa yang diperintahkan.



                         Ustaz Azmi A.Samad Pendakwah & Penceramah Bebas, Pengarah & Pemilik Al-Qiblah International



                                               Dr Jazlan Joosoph, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Raffles




Baiklah teman2 yg disenangi, diharapkan sedikit sebanyak perkongsian dlm blog ini menjadi peringatan atau pembuka mata. Saya cadangkan, andaikata ada Seminar2 seperti ini, sertai lah kerana kita hanya akan dapat melaksanakan tugas atau peranan kita dgn lebih baik lagi jika dibekalkan dgn ilmu. Mudah2han kita dapat membesarkan anak2 kita menjadi seorang insan yg BerIlmu, BerAmal & BerIman. Insyallah ..




6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mariam...thanks for sharing...memang betul kata2 you too...seram sejuk rasanya bila I baca tentang sikap remaja sekarang & the influence TV and the mass communication tools have over our growing children. There is a limitation to how much we can do as parents...depan mata bolehlah kita control belakang kita..jgn pulak lain jadinya. Itulah sebabnya kita harus memupukkan sikap tanggungjawab kpd anak2 kita..to be a responsible individual..to always be on their best behaviour irregardless whether they are with us or without us..to remind them that Allah Senantiasa Melihat Apa Anda Buat....Semoga kita semua diberi pertunjuk utk menjadi guidance for our kids...and semoga remaja2 kita diberi juga pertunjuk ke jalan yg benar dan diredhai ..tahu membezakan mana yg buruk dan mana yg baik...

    ReplyDelete
  3. Salam Cik Yam,

    Wah, awak juga merupakan ibu yang bukan hanya prihatin terhadap perkembangan anak-anak remaja tetapi juga ibu yg canggih! Ada blog, ada Facebook..etc..Cool!

    Dan terimakasih jugalah memberi komentar yg amat menarik dalam blog anda kali ini. Syabas!

    wassaalam
    Suriati Abdullah
    SuChi Success Initiatives Pte Ltd

    ReplyDelete
  4. Betul kata u Mariam. Saya amat setuju sekali. Kita sbgai ibubapa hari ini harus timba ilmu yg sedia ada utk menghadapi cabaran2 anak2 remaja kita pada zaman ini.Saya adalah salah satu perserta yg menghadiri seminar ini. Seminar yg berjalan 1 hari tidak terasa penat & meletihkan malahan terasa terlalu cepat masa berjalan sehingga tidak cukup ilmu yg timba. Saya ucapkan taniah & syabas kpd pihak2 yg tertentu yg mengadakan seminar ini. Tidak rugi bagi mereka yg menghadiri seminar ini. CUKUP BERBALOI BALOI!!! Drp Anita Ibrahim

    ReplyDelete
  5. tumpang lalu...tumpang secangkir kopi O....sbg ibu pd 2 anak...kta jgn merasa penat utk berbicara dgn anak2 dan b open...alwys welcome them....

    ReplyDelete
  6. askum semua ..
    menarik topic yg dibangkitkan ...
    pada pendapat saya .. remaja sekrg mmg hebat .. apa yg dia nak sume dapt .. masa zaman saya x de smua ini .. skrg teknologi smkn berkembang .. handphone pun canggih2 .. internet pun ah bertambah laju ,.. apa yg kita nak tahu semua ada didepan mata .. tu la puncanya sikap remaja skrg .. astro mtv la n byk lagi .. dia org tak fikir penat susah mencari duit .. kite kalau nak control maybe hanya dirumah n di luar kite tak tahu apa yang dia buat .. disini saya nak tekankan sekiranya remaja itu ada disiplin yg kuat sume x kan berlaku ..

    ReplyDelete