Thursday, February 11, 2010

Peranan wanita masa kini semakin mencabar. Kalau dilihat perkembangan masa kini, ramai wanita yang sudah berjaya. Ada wanita sudah ke bulan, ada juga memegang jawatan menteri dan ketua negara, tidak kurang juga karyawan wanita. Tapi adakah wanita Melayu masih dibelenggu dengan persepsi ‘tempat wanita di dapur’? Adakah politik rumahtangga kita berkisar soal suami dan anak-anak, menguruskan rumahtangga, dan menjaga makan minum keluarga dan soal mertua???


Mengapakah masih ada wanita menjadi mangsa keganasan? Mengapa masih ramai ‘menangis’ dalam diam? masih adakah WANITA yang tidak diadili secara adil?

Apa hak wanita jika suami pukul bantai, atau berlaku curang?

Bagaimana WANITA mengatasi konflik kehidupan? Apakah formula untuk WANITA kekal tabah disamping terus jalani kehidupan penuh cabaran dan onak duri? Siapakah yang akan membela nasib WANITA? Bersama kami dalam “POLITIK DAPUR” ..Seminar Wanita untuk WANITA sahaja

Utk tempahan tiket , hubungi 6359 7327(2x) pada waktu pejabat. Atau email warna@mediacorp.com.sg

 
Dato Dr Fatmah El-Zahra – Seorang Penceramah Motivasi yang sering membuat penampilan di TV seberang & sering juga mendapat undangan berceramah diSingapura. Dato Dr Fatmah akan memberikan panduan bagaimana hendak Menjadi Wanita Teladan di Zaman Moden Ini. Dan mampukan seorang wanita itu Berjaya Dalam Kerjaya & kekal Bahagia Dalam Rumahtangga?


Rudy Marican – Seorang Peguam yang tidak asing lagi, sering kami undang untuk segmen Paradigma. Baliau akan berkongsi tentang apa yang anda perlu tahu tentang hak-hak Wanita. Apakah yang perlu seseorang wanita itu lakukan jika berlaku masalah Keganasan Dalam Rumahtangga? ‘Sexual harassment’ atau Gangguan Seksual ditempat kerja, apakah perkara-perkara yang perlu wanita ketahui?


Junaidah Tarjo – Seorang usahawan, Pengerusi Dewi@SMCCI merangkap penolong bendahari DPPMS, akan berkongsi pengalaman serta panduan bagaimana hendak menguruskan perniagaan serta tingkatkan keyakinan dalam perniagaan.Mampukan seorang Wanita itu menggunakan Kemahiran Yang Ada Untuk Menjadi Usahawan yang berdedikasi?




Eka Mairina – Juara Anugerah TV 2003 yang akan menghiburkan kita dengan bersembahan yang pasti ‘menyengat’ & beliau akan berkongsi pengalaman menjadi mangsa keganasan rumahtangga & bagaimana beliau meneruskan perjuangan dalam hidup.

So .. apalagi u ladies out there 'wink' marilah sama2 kita menceduk ilmu agar dapat sama2 memainkan peranan untuk menjadi wanita mithali serta selamat dunia & akhirat.

Acara High-Tea
SEMINAR WANITA 'POLITIK DAPUR'
AHAD, 7 MARCH, 2:30 - 6 PETANG
ORCHID COUNTRY CLUB

No comments:

Post a Comment