Monday, December 21, 2009

.. didalam Emosi ini ..

Waktu dalam perjalanan hendak pulang tadi, terserempak dgn si 'budak nakal' .. Ilhami (jangan marah hah hehe ..) bersama isteri, anak serta sepupunya diMeja Penyambut Tamu MediaCorp. Hmm .. gelaran 'budak nakal' saja2 saya & TG berikan kerana sifatnya yg suka mengusik kami, menerusi lontaran sms2nya yg agak nakal ke bilik siaran Warna, sewaktu kami bertugas. Tapi kami Okiee je, tak pernah tersinggung pun kerana kami faham dia setakat bergurau sahaja. Hidup usah terlalu stress beb haha .. go crack some jokes ..!

Ilhami buat apa di reception? Hendak ambil tiket ke acara kemuncak Singapore Idol, katanya.
Oh ya teringat saya pada artikel didlm akhbar yang saya baca baru2 ini, tentang ugutan yg diterima oleh salah seorang finalis acara itu. Sylvia telah mendapat ugutan bunuh, katanya daripada peminat peserta yang tersingkir sebelum ini.    

Dunia dunia .. ada2 saja. Manusia ni kadang2 terlalu emosi & taksub dengan perkara2 dunia .. relaks ah .. Bukankah banyak lagi perkara2 lain yang harus kita ambil serius? Contohnya tentang perbincangan isu kehangatan global yang menemui jalan buntu dek tidak ada kesepakatan dikalangan para pemimpin dunia.
Isu remaja hanyut .. keluarga pincang .. apa lagi? .. tiba2 teringat dialog cerita Seniman Bujang Lapok - "takkan pasal belacan pun sampai nak pancung-memancung ..!" masih ingat lagi tak ..?

Oh ya .. bercakap tentang emosi, saya pernah mendapat sms pendengar yang meluahkan perasaan tidak puashatinya kerana saya tidak membacakan sms beliau diudara .. saya jelaskan pada beliau (off-air) yg saya dapati pandangan beliau agak emosional dan saya rasa secara peribadi tak sesuai utk dikongsi. "Sometimes sms pendengar can put a dj into trouble just by reading it .." ..serba sedikit begitulah penjelasan saya. Nasib baik pendengar tu tidak marah2, malahan sempat dia berjenaka .. ehem .. bab ni takleh kongsi hehe ...


Anda pula bagaimana? Suka tangkap emo jugak ke ... "wink"


5 comments:

  1. itulah Yam...kekadang peminat2 ni terlampau fanatik sangat...atau pun ada antara mereka ni bertaroh ke...jgn marah ha...

    ReplyDelete
  2. mungkin jugak la .. terlalu fanatik, sampai nak menakut2kan org pulak..ish3x
    btw sapa pilihan u Honeyzee..?

    ReplyDelete
  3. kalau masa Hady n Taufik..I undi jugak sebab mereka ada package...ada suara,handsome u,penampilan menarik memang ada daya penarik...tapi yg ini lum tau lagilah...

    ReplyDelete
  4. Hahaha .. citasara peminat memang berbeza, kita tunggu la keputusannya SOON:)

    ReplyDelete
  5. hai Yam...sebelum ni I kata 'lum tau lagilah', tapi lepas tonton final ari tu,I dpt rasakan Sezairi ada harapan menang.Tengok SYlvia, nampak mcm nervous compare to Sezairi yg nampak selesa dan yakin. Jadi I undilah. nampaknya tak rugi.

    ReplyDelete