Tuesday, December 22, 2009

.. jadual padat ..

.. today is a long day for me .. seperti biasa pagi bertugas diConty, kemudian buat rakaman rancangan Mutiara Kata, tengahari hadiri majlis bersara teman seperjuangan, kemudian kembali semula ke pejabat utk satu mesyuarat  .. haaaaah .. lega apabila kaki sudah menjejak lantai rumah semula.
Sambil menunggu suami pulang, sempat ON komputer & mula mengetuk papan-kunci nii .. mcm biasa, nak kongsi2 cerita hehe ...

Selepas bertugas tadi, saya terima pesanan drp seorang pendengar Warna. Saya diberitahu oleh akak PA kita, pendengar ni mengadu sms nya yg dikirimkan dlm segmen pagi tidak diudarakan. Apabila saya amati namanya, tak teringat pula pada nama berkenaan apabila memeriksa sms pagi tadi.
Dipendekkan cerita, pendengar ni 'cari' saya dari pagi sampai la saya kembali semula ke pejabat utk hadiri satu lagi mesyuarat. Wah .. ni kalau saya tak call back, sampai tahun depan pun berkemungkinan dia akan terus mencari ...

Macam biasa kisah sms yg tidak dibacakan oleh DJ sebenarnya bersebab drp beberapa perkara.
- tak sempat kerana terlalu banyak sms yg masuk
- tak sesuai .. mungkin terlalu sensitif utk diudarakan
- tak ikut atucara .. kadang2 segmen utk DJ bacakan ucapan sudah berlalu, makanya DJ harus move on kpd topik yg lain pula, makanya sms yg tidak bertepatan terpaksa diketepikan. Jika sempat, ada lebihan masa sebelum DJ ucapakan bye bye, barulah akan dibaca. Saya hanya mewakili segmen Warna Xpress saja yaa ...

Saya pernah juga ditempelak diudara oleh seorang pendengar ..komennya berbunyi begini "..mengapa suruh pendengar hantar sms je, tak mahu ambil panggilan..sms kan kena bayar ..?!" hmm .. kami ikut konsep rancangan bang ooiiii .. paling banyak, itulah yg boleh saya terangkan. Jgn marah haaah ...


OK lah .. itu saja perkongsian cerita dari saya.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat bersara kepada abg Mohammad Asyik dari Bilik Berita. Semuga Abang Pantun kita tetap sihat & bahagia walaupun tidak akan bersama kami lagi. Semuga maju jaya. Amin ...

2 comments:

  1. Apa nak buat....
    Ragam manusia...
    Walau bagaimana pun mereka2 tu tak kan lepas dengan Warna...
    Semua DJ's dah lakukan yang terbaik.....
    Salute you all berjaya mewarnai udara...

    ReplyDelete
  2. Tkasih En Jamil .. cabaran kami sebagai DJ tapi tetap happy apabila bersama pendegar setia, mcm En Jamil .. (kirim salam pada Cik Tipah ye) hehe ...

    ReplyDelete