Sunday, December 20, 2009

..Seronok bercuti ..?

Cuti persekolahan anak2 hampir berakhir. Harap2 anda telah pun memainkan peranan anda utk menghidupkan lagi suasana percutian ini. Teringat zaman saya bergelar penuntut dahulu .. asal saja penggal baru akan bermula, dikalangan teman2 pasti ada yang merungut mengatakan belum puas bercuti. Perancangan kurang bijak agaknya. Zaman saya waktu tu pun ramai dikalangan pelajar yg bekerja sambilan .. seronok tengok mereka dapat duit poket sendiri. Jika berhajat utk membeli benda2 yg di impikan, tak perlu susahkan Mak Bapak lagi. Tapi ada juga yg bekerja semata2 utk cari duit beli buku sekolah sendiri. Insyallah niat yg baik akan membuahkan hasil yg sama baik.




Saya sempat merakamkan diantara kegiatan outdoor bersama anak2 .. memang enjoy betul ... sayang belum boleh dimuat-naik kan adegan2 kegembiraan tu diblog ini .. namun begitu diharapkan masa kualiti anda bersama anak2 juga tidak kurang seronoknya. Banyak perkara yang boleh dilakukan, antaranya aktiviti yg murah & menambahkan ilmu, bawa anak2 ke Perpustakaan .. pinjam buku, baca buku & boleh berdiskusi tentang buku yg dibaca bersama mereka ..




Tak perlu berhabisan duit hanya utk menggembirakn anak2. Setakat adakan aktiviti seronok dirumah juga memadai .. boleh main sembunyi-sembunyi .. chilub BAAAAH ...!!!





No comments:

Post a Comment