Friday, December 25, 2009

.. dulu lain, sekarang lain ..

... dulu lain, sekarang lain .. hhmm hhmm hmm .. ni petikan lagu Dato S.M Salim.
Dahulu kebanyakan wanita menjadi suri-rumah sepenuh masa tetapi sekarang ramai dikalangan mereka yang sudah keluar bekerja. Dahulu tanggungjawab menjaga serta mendidik anak2 sebahagian besarnya diletakkan diatas bahu para ibu {kerana peranan utama bapa mencari nafkah} tetapi kini kaum bapa turut 'singsing lengan' juga. Kaum bapa bukan setakat 'singsing lengan' untuk mengasuh anak2 tetapi turut membantu isteri membereskan kerja2 rumah juga. SYABAS Ayah, Bapa, Daddy ..! caya lu la hahaha ...

Tidak ada apa yang perlu dihairankan jika semakin ramai suami yang 'masuk' dapur sekarang ini. 'Masuk' disini bukan setakat masuk, cari pinggan, senduk nasi + lauk = makan .. tetapi 'masuk' bermakna mengerjakan tugas2 memasak didapur ..! Zaman sekarang ini kaum Adam bukan setakat pandai memasak sahaja, malahan sedaaaaaap pulak rasa masakan mereka .. yummy yummy ...

Khamis lalu, diSingapore Expo, para penonton telah menyaksikan kehebatan DJ2 lelaki Warna & Ria beraksi dalam "Perang Dapur". Ternyata semuanya hebat tetapi yang ada skill tambahan tentulah meraih markah yang lebih & dinobatkan sebagai Juara. SYABAS kepada TG, Zan & Dyn atas usaha anda bertiga.









Bercakap tentang lelaki yang ada skill memasak ni, teringat pula pada Zaza Majid. Diantara ciri2 yang beliau inginkan pada bakal suaminya ialah .. harus pandai memasak. Impian sudah pun menjadi kenyataan .. tahniah .. ehem ehem .. boleh la fikirkan tentang langkah seterusnya untuk memulakan perniagaan makanan nanti .. (back-up plan babe ..)


Bagaimana pula ciri2 lelaki idaman anda ..? soalan ini saya rasa hanya relevan pada yang masih solo, yang masih mencari .. mungkin ada yang akan meletakkan kriteria utama kepada perwatakan. Ada yang menjadikan satu kemestian untuk memilih bakal suami yang berilmu tinggi.


 Ada pula yang memilih status, populariti seseorang itu atau bentuk fizikalnya.

Hmm .. apa pun, asal jangan tersilap pilih yaaaa ...



 



No comments:

Post a Comment