Tuesday, January 12, 2010

Tanam Niat Utk 2010.

Sambil menulis, sambil2 mengamati lagu Virtual Insanity .. nyanyian Idola Singapura III Sezairi. Not bad, ada showmanship dalam persembahannya .. detik hati kecil saya.
Sungguh tidak disangka, dua orang teman sanggup mencari semula rakaman Singapore Idol Finale setelah membaca blog saya yang terdahulu. Ada Komen? .. he's so COOL & collected that night .. well thats him alright. OK2 enuff on that, lets move on .. Jangan asyik pandang belakang sahaja, tengok2 la juga dihadapan. mana lah tahu kalau2 ada tembok yang menghadang ..

Tahun 2010 baru bermula, perjalanan kita masih panjang lagi. Hmm .. masih ingat lagi topik perbualan dalam Warna Xpress pagi tadi? 'Mengikis Tabiat Buruk' .. mungkin bukan mudah tetapi kita harus mencubanya.
Jika anda menginginkan suatu perubahan, jangan lakukan perubahan itu secara drastik, lakukanlah secara berperingkat-peringkat. Perubahan secara drastik dan mendadak akan membuat anda tertekan. Ini membuatkan anda merasa putus asa dan kembali pada tabiat yang asal. Satu lagi tips - Kena ada kemahuan dan niat. Jangan berharap perubahan itu akan berlaku jika tiada niat untuk berubah. Setuju?



Semuga tahun 2010 ini lebih berWARNA-warni lagi, sinonim dengan keindahana kehidupan. Insyallah ...


"You must take personal responsibility.
You cannot change the circumstances,
the seasons, or the wind, but you can change yourself"

- Jim Rohn

No comments:

Post a Comment