Thursday, December 17, 2009

.. sedang berfikir nii ..


Akhir tahun .. macam2 yg harus difikirkan. Perbelanjaan perlu diatur dgn teliti. Banyak yg hendak dibeli – buku serta peralatan sekolah anak2, uniform sekolah, kasut sekolah & sebagainya .. setelah dikira & dicongak, alhamdulillah mencukupi Boleh menarik nafas lega .. nasib baik masih ada peluang utk ‘merasakan’ bonus akhir tahun .. & kini bolehlah fikirkan tentang keperluan diri sendiri pula … hmm (garuk kepala seketika) apa yg SAYA perlukan ..??? alat solekan sudah tinggal secolet sahaja, baju baru? tudung baru? .. kasut baru tak perlu kerana yg ada masih OK lagi. Takkan semuanya hendak yg BARU Andaikata lebihan wang tu disimpan pun baik juga. Tapi takkan la tak mahu merasa wang hasil dari titik peluh sendiri ..?
Anda pula bagaimana? Apa yg ada dalam benak fikiran anda saat ini? Anda juga seperti saya, fikirkan tentang isu kewangan kah? Kongsi2 laaaa …..

1 comment:

  1. kalau awak yang boleh dikatakan hidup 'lebih sempurna' sibuk mengira dan mencongak apatah lagi orang yang tidak punya pendapatan yang tetap atau tidak punya pendapatan terus.....setiap hari rambut akan gugur kerana selalu mengaru memikirkan ini....yang penting saya tetap bersyukur

    ReplyDelete