Kita seringkali mendengar tentang mood disorder atau mood yang berubah-ubah yang berlaku pada diri seorang individu. Wanita yang mengalami kesan seperti ini selalunya dikaitkan dengan kedatangan haid atau PMS .. kalau lelaki pula bagaimana? Apakah kekurangan tidur merupakan punca utama kepada perubahan sikap seorang individu itu atau ada masalah2 lainnya seperti diet yang tidak seimbang, tekanan pekerjaan, masalah keluarga dsbnya .. itu yang mungkin menyebabkan kadang2 teman awak tu kelihatan OK, tapi kadangkala KO pula hahaha ..
Apakah oleh kerana kurang tidur juga menyebabkan seorang suami naik angin lalu menghayun seterika pada isterinya, gara2 si isteri pulang kerja lewat. Ish .. nasib baik si isteri sempat mengelak objek besi itu. Mengapakah sang suami itu gagal untuk mengawal kemarahannya sehinggakan bukan setakat seterika sahaja yang dilemparkan kearah isteri, tetapi apabila beliau sudah semakin menggila, dihayun pula kerusi serta kipas. Memang dasyat .. kasihan pun ada apabila melihat perangai semacam ini. Yelah manalah kita tahu apa sebenarnya yang trigger atau memaksa lelaki berkenaan bertindak sedemikian. Walau apa pun he has no reason to do that .. komen seorang teman.
Pengajaran untuk semua ..
Tidur awal bermakna anda akan bangun awal & ini membolehkan anda rasa cergas sepanjang hari. Tidur & bangun pada waktu yang sama setiap hari, secara tidak langsung mengajar kita membentuk jam biologi.
No comments:
Post a Comment